Friday 25 October 2019

BUKIT PANAU TERLETAK DALAM JAJAHAN PASIR MAS

Kampung Bukit Panau terletak dalam jajahan Tanah Merah. Selain nama Kampung Bukit Panau, nama Bukit Panau juga adalah daerah dalam jajahan Tanah Merah. Nama Bukit Panau juga dijadikan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan iaitu N26 Bukit Panau.

Ada satu bukit dinamakan Bukit Panau yang dikaitkan lagenda Wali Songo dan Hang Tuah. Kini Bukit Panau menjadi lokasi kembara berjalan kaki (hiking) atau mendaki bukit yang terkenal di Kelantan.

Apabila disebut Bukit Panau ramai yang keliru. Bukit Panau berada dalam pentabiran jajahan Tanah Merah atau Pasir Mas?

Kampung Bukit Panau, Daerah Bukit Panau dan DUN Bukit Panau sememangnya berada dalam pentadbiran Tanah Merah.

Namun, kawasan bukit dan puncak bukit yang dikenali Bukit Panau adalah di bawah pentadbiran Jajahan Pasir Mas.

Jadi, segala urusan di puncak Bukit Panau adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa Pasir Mas.

No comments:

Post a Comment