Wednesday 30 October 2019

TANJUNG PIAI TITIK PALING SELATAN BENUA ASIA


Tanjung Piai bukan sahaja terkenal kerana adanya Taman Negara Tanjung Piai, tetapi turut dikenali kerana di situlah terletakkan Tanah Terselatan Benua Asia atau Titik Terselatan Benua Asia.

Secara tepatnya titik itu terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur .

Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia'  yang dibina pada 2001.

Terdapat laluan untuk pelawat menuju ke mercu tanda itu. Mercu tanda berkenaan berbentuk bumi bagi menggambarkan bahawa di sinilah titik paling hujung di Benua Asia.

Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit di Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor. Pelantar ini juga menjadi tempat pelancong menikmati keindahan Selat Melaka.

Dari kejauhan kelihatan kapal-kapal yang melalui selat ini. Sewaktu cuaca cerah, Pulau Kerimon, Indonesia juga dapat dilihat dari pelantar ini.

No comments:

Post a Comment