Sunday, 8 July 2018

JALAN PANTAI CAHAYA BULAN

Jalan Pantai Cahaya Bulan atau dahulunya dikenali Jalan Pantai Cinta Berahi atau Jalan PCB adalah Jalan Persekutuan 223. Sebelum itu Jalan Pantai Cahaya Bulan dikategorikan Jalan Negeri D 1. Permulaan Jalan Pantai Cahaya Bulan dikira dari Bulatan Gok Kapur sehinggalah ke tepi Pantai Cahaya Bulan. Jarak keseluruhan Jalan Pantai Cahaya Bulan ialah 10.5 kilometer.

Antara kampung yang dilalui Jalan Pantai Cahaya Bulan ialah Kampung Penambang, Kampung Redang, Kampung Tikat, Kampung Banggol, Kampung Tok Betek, Kampung Buluh, Kampung Kijang, Kampung Padang Pasir Luas dan Kampung Semut Api.

Poskod Jalan Pantai Cahaya Bulan ialah 15350 Kota Bharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment