Friday, 11 April 2025

KERETA API MONOREL KL

 
Kereta api monorel mula beroperasi pada 31 Ogos 2003. Laluan kereta api di pusat bandar raya Kuala Lumpur melibatkan sepanjang 8.6 kilometer dan 11 stesen. Ia beroperasi di dua landasan selari bertingkat. Laluan monorel ini menghubungkan hab pengangkutan KL Sentral di selatan dan Titiwangsa di utara.
 
Laluan ini terdiri daripada satu laluan dua arah yang menghubungkan kawasan-kawasan di dalam Kuala Lumpur yang sebelumnya tidak dilalui oleh perkhidmatan kereta api yang lain, iaitu Brickfields, Bukit Bintang, dan Chow Kit, dengan stesen LRT, MRT dan KTM Komuter yang terdapat di KL Sentral, Muzium Negara, Hang Tuah, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa. Jajaran dan bilangan stesen tidak berubah-ubah sejak tahun 2003.
 
Tren-tren terawal yang digunakan oleh Monorel KL adalah 10 set tren dua gerabak berganding kekal jenis Alweg. Setiap tren dapat menumpangkan 158 orang sewaktu operasi biasa.
 
Gerabak-gerabak monorel dipasang oleh syarikat tempatan Scomi Rail di kilang Rawang  yang mempunyai landasan sendiri untuk ujian tren
 
Monorel KL kemudian menaik taraf kepada tren empat gerabak. Tren-tren ini juga dikilang oleh Scomi, kali ini mengikut reka bentuk sendiri iaitu Sutra.  Setiap tren ini boleh menumpangkan 430 orang setiap perjalanan berbanding 213 orang untuk tren dua gerabak.  
 
Dua set pertama tren empat gerabak mula berkhidmat pada Disember 2014, disusuli set-set selebihnya yang tiba secara berperingkat. Perkhidmatan monorel menggunakan tren empat gerabak sepenuhnya mulai 23 Mei 2022.
 
Monorel KL dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd  (Rapid Rail) 

No comments:

Post a Comment