Friday 3 June 2022

PCAK BERTINDAK PANTAS BANTU ASNAF

 
Apabila ada maklumat mengenai asnaf memerlukan bantuan, Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) berusaha untuk mempercepat bantuan yang boleh disalurkan.

Pengerusi PCAK dan ahli jawatankuasa akan berusaha sekadar yang termampu. Tidak menjanjikan boleh membantu, tetapi berusaha untuk membantu.

Contohnya, apabila PCAK mendapat maklumat mengenai sepasang suami isteri OKU (bisu) memerlukan penggantian kerusi roda yang telah usang dan rosak untuk kegunaan suami, PCAK berusaha menghubungi pihak yang boleh membantu mewakafkan kerusi roda yang diperlukan itu.

Alhamdulillah, tidak sampai dua jam, ada pihak yang bersedia membantu. Rancangan asalnya, penyerahan kerusi roda itu akan dilakukan segera pada petang itu juga (maklumat mengenai suami isteri diketahui waktu pagi), tatapi kerana kekangan tertentu, ia ditukarkan pada keesokkannya.

Begitulah usaha murni Pengerusi dan ahli PCAK menyalurkan bantuan kepada asnaf secepat mungkin.

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment