Wednesday, 2 June 2021

KEINDAHAN LATA Y, KUALA KRAI MENGGAMIT PENGUNJUNG

Di kawasan jajahan Kuala Krai, Kelantan terdapat banyak lata dan jeram yang cantik. Antara nama yang telah terkenal ialah Lata Rek, Lata Berangin, Lata Dinding, Lata Istana Sangkut dan lain-lain.

Satu lagi lata atau kawasan air terjun yang cantik terdapat di jajahan Kuala Krai ialah Lata Y. Dinamakan Lata Y disebabkan bentuk air terjun berbentuk ‘Y’ dari dua arah berbeza, jika dilihat dari jarak yang jauh.

Lata Y terletak di daerah Batu Mengkebang. Untuk datang ke sini bukan semudah yang disangka kerana perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda dan ia memakan masa hampir 1 jam perjalanan.

Lata Y semakin mendapat perhatian penduduk setempat untuk dijadikan tempat perkelahan atau istirahat.

Alhamdulillah kerana di negeri Kelantan masih ada tempat yang cantik lagi menarik. Ia perlu dihargai dan dijaga sebaiknya. 

No comments:

Post a Comment