Wednesday 30 May 2018

KUIH BUAH TANJUNG DAPAT PERMINTAAN TINGGI

Kuih buah tanjung merupakan sejenis kuih yang popular di Kelantan. Dipanggil kuih buah tanjung kerana bentuk dan warnanya sama dengan buah tanjung yang sudah masak. Permintaan peminat kuih buah tanjung sentiasa tinggi. 

Kuih buah tanjung disediakan dengan menggunakan kuning telur yang telah diasingkan dari putih telur. Bahan lain yang diperlukan untuk membuat kuih buah tanjung ialah tepung pulut, tepung beras, gula, daun pandan dan bunga cengkih.

Putih telur yang tidak digunakan untuk membuat kuih buah tanjung biasanya dijadikan kuih tahi itik.

Untuk menghasilkan bentuk buah tanjung biasanya menggunakan acuan atau digentel. Seperti kebanyakan kuih muih di Kelantan, kuih buah tanjung dikategorikan sebagai kuih manis. Adunan yang telah dibentuk buah tanjung akan dirandam atau diceluk di dalam larutan gula sehingga larutan gula meresap sepenuhnya.

Bilangan pembuat kuih buah tanjung tidak ramai kerana kesukaran mendapatkan telur itik. Boleh guna telur ayam, tetapi rasanya tidak sesedap menggunakan telur itik.  

No comments:

Post a Comment