Sunday, 27 April 2025

BN MASIH MENDAPAT SOKONGAN

 
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Perak amat signifikan tentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih diterima rakyat.
 
Kemenangan BN di Ayer Kuning dengan majoriti 5006 undi mengatasi Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menunjukkan isu yang dibangkitkan pembangkang mengenai hubungan UMNO dengan DAP dalam Pakatan Harapan (PH) pola sokongan pengundi.
 
Pengundi Melayu tidak terkesan dengan isu UMDAP yang dicanang bukan sahaja sepanjang PRK, bahkan semenjak awal penubuhan Kerajaan Perpaduan.
 
Peningkatan undi terhadap BN adalah bukti undi PH pada PRU Ke-15 berpindah kepada undi BN biarpun jumlahnya tidak semua. Jumlah itu bertepatan dengan jumlah keluar mengundi yang berkurangan berbanding PRU.
 
Mungkin ada pengundi PH yang tidak mahu mengundi BN dengan mengambil keputusan tidak keluar mengundi atau kerana yakin BN akan menang. Atau ada di kalangan penyokong BN, terutama pengundi luar tidak pulang mengundi kerana yakin kejayaan BN.
 
Apapun alasan yang tidak keluar mengundi, kejayaan BN adalah bukti pengundi yang keluar mengundi memilih BN mengatasi jumlah yang memilih PN dan PSM.
 
Isu UMDAP dan babi tidak mempengaruhi pengundi yang keluar mengundi untuk menolak sepenuh BN. Malah kedua-dua isu tersebut dilihat faktor utama pengundi bukan Melayu "simpati" kepada BN.

Keputusan PRU-15