Monday, 19 May 2025

CIRI-CIRI PISANG NANGKA

 
Pisang nangka terkenal di Malaysia. Ia telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dan diberikan nombor pendaftaran MP 2.
 
Pisang nangka sesuai dimakan segar mahupun diproses seperti digoreng dan dibuat pengat.
 
Pisang nangka berwarna hijau sama muda dan kekal warna tersebut biarpun sudah masak. Ia mempunyai kulit yang lembut apabila masak dengan mempunyai bau yang harum.
 
Lazimnya pisang nangka digunakan untuk digoreng dan paling popular adalah untuk membuat kuih seperti lepat pisang. Pisang nangka rasanya manis dan sedikit masam dan aromanya yang kuat sehingga mudah dihidu.  
 
Asal usul pemberian nama pisang nangka ini dilaporkan agak kurang diketahui umum dan ada kemungkinan ia dulu ia ditanam dekat dengan pokok nangka. Dilaporkan juga dimana kerana rasa pisang ini sedap dimakan seakan rasa buah nangka mungkin menyebabkan ia dipanggil "pisang nangka".  
 
Bentuk pokok pisang nangka yang tumbuh menegak. Pokoknya mempunyai batang sederhana besar dan mempunyai ketinggian yang sederhana. Mempunyai saiz batang sedang dan jumlah bilangan daun yang sederhana banyaknya.
 
Pisang Nangka mempunyai berat tandan buah di antara 15 - 28 kilogram. Kajian juga mendapati terdapat sebanyak 12 - 18 sisir dengan setiap sisir buah ada sebanyak  12 - 20 biji.

No comments:

Post a Comment