Tuesday 31 January 2023

APA HUKUM MENDERMA DARAH

 
Menderma darah disepakati ulama hukumnya harus, yakni boleh dilakukan. Ia berdasarkan kepentingan pemindahan darah yang tanpanya menyebabkan mangsa menghadapi maut atau penyakit tidak sembuh.

Pemindahan darah dari orang sihat kepada individu memerlukan darah disebabkan kehilangan banyak darah adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa atau mengatasi masalah yang berkaitan dengan kekurangan darah.

Islam menggalakkan amalan tolong menolong, terutama dalam soal yang penting ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2 bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu di atas kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan di atas dosa dan penindasan.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Sesungguhnya diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa-apa (binatang) yang disembelih untuk selain daripada Allah. Maka barang siapa yang terpaksa sedang dia tidak durhaka dan tidak melampau, maka tidaklah (kena) apa-apa dosa ke atasnya.” - (Surah al-Baqarah, ayat 173).

Allah SWT juga menjelaskan perkara ‘terpaksa’ ini dalam surah al-Anaam ayat 119 bermaksud: “Sedang Dia (Allah) telah jelaskan kepada kamu apa-apa yang diharamkan-Nya ke atas kamu, kecuali apa yang terpaksa….”

Wajar membantu sesama manusia. Darah yang didermakan akan diganti secara automatik oleh badan. Kita tidak rugi, bahkan beruntungkan kerana menderma darah dapat membantu banyak perkara untuk kebaikan diri sendiri. 

Kebaikan menderma darah

No comments:

Post a Comment