Sunday, 20 March 2022

FUNGSI AIR MATA SEBAGAI PENCUCI SEMULA JADI

 
Air mata dan mata air adalah dua perkara berbeza. Air mata adalah air yang dikeluarkan dari mata. Manakala mata air adalah air yang keluar dari bahagian tanah, lereng bukit, celah batu dan sebagainya.

Kali ini kita sebut tentang air mata. Kita biasanya kaitkan air mata dengan perasaan sedih atau menanggis. Itu adalah tindak balas semula jadi.

Air mata kita ini sebenarnya pencuci mata semula jadi. Kita cuma perlu pastikan kita rajin kelip mata sahaja supaya mata kita kekal lembab.

Jika bekerja memerlukan fokus yang banyak bahagian mata (guna komputer, tengok telefon pintar), jangan lupa kerap kelip mata.

Masa kita kelip mata, ada satu lapisan air mata akan basahi mata kita. Mata menjadi sentiasa lembab dan dapat berfungsi dengan baik.

Jangan selalu guna ubat titik mata, ianya boleh membuatkan mata menjadi kering apabila digunakan dalam tempoh masa lama secara berterusan. Keadaan mata kering boleh bawa banyak masalah kemudian hari.

Sata cara penjagaan mata ialah jangan selalu tenyeh mata, tidak bagus dan boleh membuatkan mata ‘trauma’ tanpa disedari.

Jaga mata kita. Hargai nikmat penglihatan.

No comments:

Post a Comment