Wednesday, 9 March 2022

Ada pahala di sebalik COVID-19

Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Pemimpin tertinggi negara, menteri, ulama, ahli sukan, doktor, penarik beca, petani, orang tua, orang muda, kanak-kanak, bahkan bayi pun kena Covid-19.

Yang ambil suntikan vaksin sekali, yang sudah dua kali, ada pula ambil suntikan penggalak dan pernah kenal Covid-19 pun kena juga. Itu kira dalam tubuhnya sudah superantibodi coronavirus.... virus masih singgah juga.

Jadi, apa nak buat? Teruskan berusaha untuk mencegahnya. Jangan banyak dalih. Usaha yang baik itu adalah ibadah. Kita dapat pahala.

Kalau kena, kita reda dan bersabar. Itupun pahala. Kalau kita reda dan bersabar, itulah salah satu cara penghapusan dosa kita. Allah pilih menghapuskan dosa kita di dunia lagi. Itu lebih baik daripada menanggung di akhirat nanti.

Maka, kekal bersabar dan terus mengharap pertolongan Allah. Dalam musibah ada hikmahnya. Allah tidak menguji kita mengikut apa yang mampu kita hadapi.

Dalam Surah Al-Mulk, ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.

Firman Allah bermaksud: “Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”

No comments:

Post a Comment