Pembentukan
lemak di perut, boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki dengan pelbagai cara.
Obesiti akan mengganggu kemampuan tubuh untuk menyalurkan darah ke bahagian
zakar dan menyebabkan pengeluaran testosteron menurun.
Meskipun
hasil kajian tentang pelangsingan tubuh dan mati pucuk terus berkembang, fakta
menunjukkan bahawa lelaki yang aktif secara fizikal dan mempunyai diet yang
sihat secara relatif memiliki aktiviti seks yang berkualiti.
Pakar-pakar
perubatan juga berharap fakta bahawa dengan menurunkan berat badan dapat
memperbaiki kehidupan seks akan membuka mata kaum Adam yang berperut buncit
supaya lebih sedar tentang ancaman bahaya penyakit lain seperti jantung,
diabetes dan strok.
Ujian
tahap kebuncitan boleh dilakukan secara mudah iaitu berdiri dan
melihat keadaan perutnya. Jika tidak dapat melihat zakar sendiri, itu
tandanya seseorang ada masalah.
Perut
buncit, memberi kesan buruk pada kehidupan seksual seseorang dengan mempengaruhi
kesihatan pembuluh darah mereka.
Ereksi
terjadi semasa saluran darah menuju zakar membesar dan menyebabkan organ itu
terisi penuh dengan darah. Proses ini bermula ketika lapisan dalam saluran
darah melepaskan nitrat oksida, iaitu sejenis molekul yang memberi signal pada
otot-otot di sekitarnya supaya rileks. Viagra dan ubat-ubatan sejenis dengannya
bekerja dengan meningkatkan jumlah nitrat oksida dalam endotelium.
Apabila
endotelium tidak dapat berfungsi secara maksimum, zakar tidak mendapat limpahan
darah yang mencukupi untuk mencetuskan atau mempertahankan ereksi.
Ereksi
pada dasarnya adalah satu fenomena kardiovaskular. Jika aliran darah tidak
meningkat disebabkan saluran darah tidak membesar secara normal, akan ada
penurunan dalam fungsi ereksi.
Jantung
yang tidak sihat juga menyebabkan mati pucuk dengan cara yang lain. Tabiat
gemar 'mengumpul lemak' dan malas bersenam yang membuatkan tubuh semakin gemuk
turut menyumbang pada penyempitan serta pengerasan arteri oleh kolesterol.
Aterosklerosis,
yang dikenal pasti sebagai faktor pencetus serangan jantung, juga mudah terjadi
pada saluran darah kecil yang mengarah ke zakar. Bahkan aterosklerosis
pada awalnya menyerang saluran-saluran kecil dan ini menjelaskan mengapa mati
pucuk dapat dijadikan petanda awal penyakit jantung.
Masalah
saluran darah bertanggungjawab pada sebahagian besar kes mati pucuk yang
dialami lelaki obes berusia 40 tahun ke atas. Tetapi penyebab umum lain adalah
rendahnya kadar testosteron, yang juga berkait dengan obesiti. Kadar hormon
seks lelaki yang tinggi sangat penting untuk mempertahankan ghairah seks dan
mengalami ereksi.
Disebabkan
lelaki semakin gemuk, fenomena mati pucuk kian meningkat. Kepada mereka yang
berperut buncit, berwaspada dengan penurunan kadar testosteron. Lemak di perut
nampaknya memiliki kesan lebih besar terhadap hormon berbanding lemak di
bahagian lain tubuh.
No comments:
Post a Comment