Wednesday, 8 September 2021

KAIN PELEKAT PILIHAN MANGGA NUR AJUNG

 
Kain pelekat (biasanya dieja pelikat) cukup terkenal di negara kita. Kain pelekat dahulunya pakaian 'wajib' lelaki ketika menunaikan sembahyang. Ia dipakai labuh sehingga paras buku lali dengan bahagian atas berada pada bahagian atas pusat. 
 

Pemakaian kain pelekat tidak sama dengan kain sampin yang biasanya bahagian bawah berada di atas paras lutut atau sedikit di bawah.
 
Namun, sekarang ini kain pelekat semakin jarang dilihat dipakai lelaki yang pergi ke masjid atau surau. Sebaliknya, semakin banyak yang memakai jubah mahupun seluar longgar yang dikatakan lebih selesa dan bergaya.

Pun begitu, kain pelekat masih lagi mendapat permintaan. Penggunaan kain pelekat dianggap lambang seni budaya yang menjadi identiti lelaki Melayu. Masih banyak lelaki yang selesa berkain pelekat.
 
Antara jenama pelekat yang terkenal di negara kita ialah Mangga, buatan Indonesia.

Kain pelekat Mangga mendapat sambutan kerana:
- Sangat selesa dipakai.
- Tidak panas.
- Cotton lembut.
- Tidak jarang. 
- Sesuai untuk kegunaan harian.
- Sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan.
- Terdapat dalam kotak bungkusan yang kemas.
- Pelbagai warna dan motif yang menarik. 
 
Kami ada menjual pelekat Mangga secara dalam talian. Selain itu, kami turut menjual pelbagai jenis jenama lain. Mudah, cepat dan murah. 
 
PELEKAT MANGGA NUR AJUNG

No comments:

Post a Comment