Wednesday 13 December 2023

STESEN KERETA API TUMPAT LOKASI TERAKHIR

 
Stesen Kereta Api Tumpat terletak di bandar Tumpat, Kelantan. Stesen kereta api ini agak terkenal kerana menjadi destinasi terakhir untuk landasan di Pantai Timur. Jadi, ia menjadi penanda perjalanan seperti dari Kuala Lumpur ke Tumpat atau Johor Baru ke Tumpat dan sebaliknya.
 
Lokasi penghujung landasan ini adalah muara sungai yang terus ke Laut China Selatan. Malah, pada masa dahulu, penghujung landasan ini berada benar-benar di tepi pantai yang dikenali Pantai Ndo. Terdapat kapal besar yang berlabuh berhampiran tepi pantai.
 
Bagaimanapun, apabila berlaku pemendapan lumpur daripada Sungai Kelantan, terbentuk pulau di hadapan Pantai Ndo yang menjadikan kawasan dahulunya sebahagian laut telah bertukar menjadi muara sungai.
 
Kemudahan di stesen hujung ini semestinya lengkap kerana ia merupakan lokasi persinggahan utama untuk pihak KTMB berehat dan urusan logistik.
 
Pada 2018, projek menaik taraf Stesen Kereta Api Tumpat dan membina depoh untuk menempatkan Kereta Api Diesel Multiple Units (DMU). 

Stesen Kereta Api Tumpat juga dinaik taraf bagi menampung kapasiti penumpang yang dianggarkan 1,500 orang setiap hari.
 
Kerja naik taraf  itu membabitkan pembinaan bangunan baharu, aras platform sedia ada, bumbung penuh dan jejantas pejalan kaki. Depoh baharu itu dibina di tapak berkeluasan 4.7 hektar untuk menempatkan DMU.

No comments:

Post a Comment