Friday, 11 June 2021

BUAH DURIAN BELANDA GORENG

Kita sudah biasa dengan pisang goreng, cempedak goreng, keledek goreng, sukun goreng dan ubi kayu goreng.

Sebaliknya, jarang kita temui durian belanda goreng. Rupanya, durian belanda atau dalam dialek Kelantan dipanggil durian selat juga boleh digoreng.

Durian belanda yang ingin digoreng hendaklah buah yang belum masak penuh atau matang.

Kalau sudah ranum dan isinya lembut, sukarlah untuk digoreng. Namun, kalau hendak mencuba tidak salah. Hanya jadi lembik dan ‘makan minyak’ lah. Menjadi seperti pisang yang sudah ranum sepenuhnya. Lembik.

Durian belanda yang hendak digoreng dibuang kulitnya. Dipotong kecil-kecil mengikut ukuran bersesuaian. Dibuangkan juga bijinya.

Kemudian dicelup tepung dan dimasukkan ke dalam minyak mendidih. Buat macam menggoreng pisang atau sukun sahaja.

Bila sudah masak, boleh diangkat dan dihidangkan untuk dimakan. Mudahkan?

 

No comments:

Post a Comment