Monday 12 February 2018

BUAH BINJAI RASA MASAM MANIS

Pokok dan buah binjai menjadi perhatian pada masa dahulu. Sebab itu ada banyak nama tempat mengambil nama pokok tersebut. Ia menjadi identiti kepada sesuatu tempat.

Binjai rasa masam, namun kini ada varieti manis. Binjai boleh dianggap buah tidak bermusim, namum pada waktu tertentu buahnya lebih banyak yang boleh dianggap musim buah binjai.

Buah binjai boleh dimakan segar, tetapi biasanya dengan dicicah cuka dicampur cula dan belacan. Selain dimakan mentah segar, buah binjai dibuat sambal.

Buah Binjai yang muda lazimnya berwarna kehijauan ketika putik dan akan bertukar kepada warna coklat kelabu atau warna coklat kekuningan apabila masak.

Isi binjai berwarna putih krim susu, lembut dan mempunyai serat atau ada yang tidak berserat langsung bergantung kepada spesis. Bau binjai amat kuat yang menarik minat orang orang terhadapnya.

Rasa isi buah binjai daripada yang betul-betul masam, sederhana masam dan ada juga yang manis. 

Buah binjai yang masam mengandungi gula yang kurang berbanding dengan buah binjai yang manis.  

No comments:

Post a Comment