Saturday, 4 January 2025

SEJARAH KAMPUNG JANDA BAIK

 
Kampung Janda Baik, sebuah kampung rizab Melayu yang terletak berhampiran Lebuh Raya Karak dalam daerah Bentong, Pahang. Kedudukan tempat ini terletak di lereng Banjaran Titiwangsa yang kira-kira 600 meter di atas paras laut. Kawasan kampung berbukit-bukit dan diliputi hutan tebal.
 
Jarak Kampung Janda Baik dari Kuala Lumpur kira-kira 36 kilometer, begitu juga dari bandar Betong yang menjadi pusat pentadbiran daerah Bentong. 

Cuaca sejuk dan suasana damai di kampung tersebut menjadi ia dibangunkan sebagai kawasan ekopelancongan yang semakin mendapat perhatian, terutama di kalangan penduduk Lembah Kelang. banyak resort dan inap desa dibina di kawasan berkenaan.
 
Sejarah nama “janda baik” dikatakan bermula daripada peristiwa perang saudara di Selangor pada tahun 1918. Pada ketika itu, banyak rakyat mengalami kecederaan termasuklah rakyat Pahang.
 
Di satu petempatan, ada seorang janda yang baik membantu merawat penduduk yang tercedera itu. Perlindungan dan tempat tinggal turut diberikan kepada mereka.
 
Oleh sebab wanita itu mempunyai personaliti yang baik dan sanggup membantu orang lain yang dalam kesusahan, maka dia dikenali “janda baik” sesuai dengan statusnya seorang janda dan bersikap baik.
 
Janda baik itu menjadi bualan dan mendapat pujian orang ramai, sehingga tempat tinggal dan kawasan sekitarnya dikenali dengan nama Kampung Janda Baik.
 
Itu sebahagian kisah daripada banyak versi dari kalangan penduduk setempat mengenai macam mana kampung tersebut mendapat namanya.

No comments:

Post a Comment