Sesiapa
yang sempat bertemu dengan akhir Ramadan dan awal Syawal, maka wajib ke atasnya
zakat fitrah.
Dia
mempunyai makanan dan pakaian yang mencukupi untuk dirinya pada malam (hari
raya) dan siang hari raya.
Disyaratkan
lagi, seseorang itu beragama Islam. Zakat itu diwajibkan ke atas dirinya dan
juga ke atas orang yang di bawah tanggungjawabnya jika dia berkemampuan untuk
berbuat demikian.
Waktu
untuk menentukan seseorang itu wajib zakat fitrah atau tidak adalah waktu terbenamnya
matahari akhir Ramadan.
Ini
bererti, sesiapa yang dilahirkan sebelum terbenam matahari akhir Ramadan atau
meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadan, maka diwajibkan ke
atasnya zakat fitrah kerana mereka dikira sudah ada pada waktu diwajibkan.
Sebaliknya,
mereka yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau dilahirkan selepas
terbenam matahari akhir Ramadan, maka tidak diwajibkan ke atas mereka zakat
fitrah kerana pada waktu wajib itu mereka dianggap sudah tiada atau belum ada.
No comments:
Post a Comment