Kiraan takwin atau
kalendar Hijrah dikira berdasarkan tahun hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke
Madinah. Seperti juga kalendar Masihi, terdapat 12 bulan dalam kalender
Hijrah. Nama-nama bulan dalam kalendar Hijrah adalah berdasarkan nama-nama yang
telah digunakan sebelum kiraan tahun Hijrah digunakan.
Kebanyakan nama tersebut
timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena
peristiwa besar tersebut.
Walau bagaimanapun, kita
tidak boleh mengandaikan bulan ‘semasa’ yang digunakan untuk merujuk kepada apa
yang berlaku sekarang. Ini kerana, putaran kalendar Hijrah berubah 11 hari
lebih awal setiap tahun.
Muharam
al-Haram (dipendekkan kepada Muharram) - Bulan ini mengambil perkataan
“Haram” yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab
mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah
meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
Safar -
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula
diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar
juga menunjukkan yang masyarakat Arab (Badwi) meninggalkan rumah mereka.
Rabiulawal -
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
Rabiulakhir -
Bulan kedua musim bunga.
Jamadilawal -
Bulan pertama musim panas. “Jumada” bermaksud kering.
Jamadilakhir -
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang
membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
Rejab -
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah
satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard.
Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada
jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
Syaaban -
Bulan ini terbit dari perkataan “syu’ba”, bermaksud berpecah atau menyimpang.
Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
Ramadan -
Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu panas. Ini
menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
Syawal -
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina
bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada
ketika itu.
Zulkaedah -
Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud untuk duduk. Inilah bulan
suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula
menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk
menunaikan Haji.
Zulhijah -
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang
pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga
mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.
No comments:
Post a Comment