Rasa gembira itu mudah. Setiap orang berhak
untuk merasai kegembiraan. Lakukan apa sahaja yang boleh mendatangkan rasa gembira.
Untuk merasai kegembiraan tidak semestinya perlu mengeluarkan kos atau
melibatkan perbelanjaan. Ia boleh berlaku dalam macam-macam cara. Apa yang
penting ia ikhlas dan tidak dibuat-buat.
Inilah gambaran kegembiraan sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan. Mereka gembira apabila dapat melakukan kerja-kerja kesukarelawan. Biarpun letih, namun jelas tergambar rasa gembira.
Mereka secara sukarela datang untuk membantu proses mengangkat dari lori barang sumbangan Nastle, Crisis Relief Squad of MCA Elite Team (CRSM) dan GoCare Malaysia, untuk diletakkan di stor sementara sebelum diagihkan kepada mangsa banjir.
Masing-masing bekerjasama melakukan tugasan tanpa mengira jawatan. Apa yang penting kerjasasama dan tugas dapat disiapkan cepat kerana selepas itu akan diangkat pula ke kenderaan lain yang akan bergerak ke lokasi pengagihan kepada mangsa banjir. Mereka juga turut serta dilokasi pengagihan.
Kalau dikira penat, memang amat memenatkan. Namun, demi membantu mangsa banjir, mereka sudah lebih dua minggu melakukan pelbagai tugas secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing.
Penat, tetapi gembira dan puas melakukan perkara kebaikan.

No comments:
Post a Comment