Monday 30 October 2023

KUIH KELAMBU BURUK

 
Di Malaysia ada nama kuih batang buruk yang cukup terkenal, terutama semasa perayaan. Tentunya tidak banyak orang tahu tentang kuih kelambu buruk. Sebabnya ia bukan kuih tradisional tempatan.

Kuih kelambu buruk terkenal di Selatan Thailand. Kelambu buruk sebenarnya lebih kurang dengan kuih karas, tetapi ada sedikit perbezaan.

Kelambu buruk diperbuat daripada tepung pulut, telur dan manisan. Rasanya agak manis dan lebih liat berbanding karas yang ranggup.

Dinamakan kelambu buruk kerana ia dalam bentuk jarangan halus seperti kelambu buruk yang berwarna coklat kerana kesan manisan.

No comments:

Post a Comment