Saturday 27 May 2023

BERANGAN POOL COTTAGE, SUNGAI PETANI

 
Berangan Pool Cottage adalah homestay didirikan berhampiran dengan sawah padi. Penginapan terbaik bagi mencipta memori anak-anak bandar yang ingin bercuti dan merasai suasana kampung yang tenang dan damai.
 
Mula beroperasi pada September 2019, lokasinya hanya 20 minit dari bandar Sungai Petani, Kedah adalah sinonim dengan suasana dan pemandangan tepi sawah yang sesuai dengan gelaran Kedah Jelapang Padi. Ia terletak di Kampung Permatang Berangan, Sungai Petani, Malaysia 
 
Pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesan pengunjung berdasarkan kepada keperluan atau aktiviti yang ingin dilakukan. Dari kemudahan bilik penginapan, tempat kursus, majlis perkahwinan, riadah berkeluarga, tempat menjamu selara dan sebagainya ada disediakan.
 
Pengunjung pasti teruja dengan kemudahan dan suasana damai di tepi sawah, tambah-tambah ketika padi sedang menguning. Terasa sangat damai dan satu pengalaman yang cukup indah terutama kepada mereka yang tidak pernah tinggal di kampung yang ada sawah padi.


No comments:

Post a Comment