Saturday, 22 June 2024

AKTIVITI VIA FERATTA DI MUSE ECOPARK

 
Muse Ecopark merupakan nafas baru Perlancongan di Gua Musang, Kelantan. Merupakan pusat sehenti untuk aktiviti rekreasi semula jadi, ruang makan dan penginapan.
 
Muse Ecopark terletak bersebelahan dengan bandar Gua Musang menjadi lokasi hentian rehat memenuhi cita rasa pengguna jalan raya selepas penat memandu.
 
Muse Ecopark kini menjadi mercu tanda bandar Gua Musang. Di sini ada Kedai Muse, Warong Muse, KB Brewster, Inap Muse dan kolam renang.
 
Kemudahan di Muse Ecopark ditawarkan kepada pengunjung untuk beristirahat dan aktiviti bersama keluarga. Di sini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti ekstrem seperti via feratta (laluan pendakian yang dilengkapi dengan tangga dan kabel yang dipasang pada permukaan berbatu) dan flying fox.  
 
Aktiviti via feratta boleh dilakukan seramai 2-3 orang satu sesi yang mengambil masa selama setengah jam sahaja. Manakala, jika kumpulan yang ramai mungkin lebih masa diperlukan. Keselamatan pengunjung akan dipantau oleh jurulatih bagi menjaga keselamatan.

 
Kredit kepada pemilik gambar.

No comments:

Post a Comment