Ada sebuah rumah lama behampiran dengan
Masjid Muhammadi. Rumah kayu tersebut telah dibaik pulih dengan mengekalkan bebeberap
ciri seni bina Kelantan yang terkenal unik dan mempunyai ukiran tersendiri.
Rumah tersebut pernah dimiliki Mustafa
Kamal, seorang pesara juruterbang. Pada bahagian atas rumah tersebut ada
tertulis angka 1904 yang disangka bahawa itu adalah tahun ia dibina.
Bagaimanapun, ada yang mengatakan sejarah rumah itu dibina pada zaman
pemerintahan tentera Jepun iaitu kira-kira tahun 1942 hingga 1945.
Rumah tersebut mendapat imej baharu selari
dengan pengindahan kawasan Masjid Muhammadi di bahagian “jatuh” atau barat. Ia terletak di Jalan Masjid, berhampiran Muzium Perang.
Pengindahan tersebut melibatkan pembinaan
pintu gerbang dan kawasan tempat letak kendaeraan. Bangunan usang yang dahulunya
mewarnai kawasan tersebut telah dirobohkan.
No comments:
Post a Comment