Sungai Lubuk Durian, Pulau Tengah, Kubang
Kerian kini semakin terkenal. Namun, kebanyakan pengunjung lebih mengenai sebagai
Pulau Tengah, tanpa menyebut mengenai Sungai Lubuk Durian biarpun aktiviti
ekopelancongan banyak berkaitan dengan sungai tersebut.
Sebenarnya, Sungai Lubuk Durian adalah
cabang atau anak sungai kepada Sungai Pengkalan Data. Sebab itu, Sungai Lubuk Durian juga dikenali Sungai Pengkalan Datu.
Sungai Pengkalan Datu satu
satunya sungai yang tidak tercemar kerana hulunya hanya sekitar Ketereh. Ada
sekali sekala ada sedikit tercemar ketika proses rawatan air dari Loji Rawatan
Air Wakaf Stan dan semasa Monson limpahan air Sungai Kelantan melalui Kampung Paloh,
Pasir Hor dan Pasir Tumboh bertembung dengan Sungai Pengkalan Datu betul betul
di hujung jeti.
Sebab itu, Sungai Lubuk Durian amat sesuai untuk
industri pelancongan air di samping faktor setempat iaitu hidupan kelip kelip,
habitah air seperti udang galah, siakap dan mendapat kerjasama sepenuhnya tanpa
mengira fahaman politik penduduknya.
Di Sungai Lubuk Durian, ada aktiviti pasar
terapung, bot kayuh, restoran terapung dan jeti terapung.
Jeti terapung yang tular di media sosial
menjadi daya penarik pengunjung ke Pulau Tengah. Asalnya jeti tersebut hanya
700 meter, tetapi kini panjangnya telah ditambah menjadi 1.4 kilometer.
No comments:
Post a Comment