Ada satu kata-kata bijak pandai: "Manusia
itu mula menjadi jahat bila dia merasakan diri dia paling baik".
Bermula dari situ, dia akan sentiasa menyalahkan
orang lain. Sikap sombong dan ego menguasai diri. Dia akan menilai orang lain
dari sudut yang tidak baik. Memberi label atau memanggil orang lain dengan
pendangan negatif.
Seorang yang baik tidak akan melabelkan
orang lain dari sudut tidak baik. Sebaliknya, bila lihat luaran seseorang
nampak kasar, tidak alim, tidak berpewatakan warak, usah cepat menilai. Doakan
mereka menjadi lebih baik. Dan doakan kita pun menjadi lebih baik.
Tiada siapa tahu bagaimana pengakhiran
seseorang itu. Mungkin yang selama ini dipandang serong itu kematian mereka
lebih mulia dan taubat mereka diterima-Nya.
Kita ubah diri sendiri tanpa perlu
memperlekehkan sesiapa. Kita melakukan kebaikan bukan untuk bermegah, sebaliknya
ikhlas semata-mata kerana Allah.
Gambar - sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment