Sunday, 30 August 2020

KEBAIKAN MAKAN ISI KELAPA MUDA

Isi kelapa tua memang telah diketahui umum bahawa ia digunakan sebagai sumber santan. Isi kelapa tua sudah keras dan sukar untuk dimakan, melainkan telah diparut atau dimesin.

Jadi, cara terbaik untuk makan isi kelapa ialah ketika ia masih muda. Ketika itu isinya masih lembut dan sedap dimakan. Selain itu, kelapa muda mempunyai air yang sedap diminun.

Rugi rasanya jika hanya diambil air sahaja, sedangkan isi kelapa muda dibuang begitu sahaja.

Isi kelapa memang kaya khasiat. Memang elok diamalkan makan isi kelapa muda selain airnya.

Antara kebaikan mengamalkan makan isi kelapa ialah:
- Kesihatan jantung.
- Penurunan berat badan.
- Membantu proses penghadaman.
- Menstabilkan gula darah.
- Meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
- Membantu kecerdasan otak.  

No comments:

Post a Comment