Monday, 27 July 2020

CARA HALAU KERA GANGGU TANAMAN


Satu masalah besar dihadapi petani atau mereka yang bercucuk tanam ialah adanya gangguan daripada binatang seperti monyet, kera, selain serangga perosak. Kalau diserang kera, memang habis buah dirosakkan. Bukan dimakan semuapun buah itu, tapi sekadar digugurkan dan dibiarkan bertaburan.

Hendak dibunuh atau diracun, memang tidak elok dilakukan begitu. Binatang pun hendak hidup juga. Memang kita ditegah membunuh binatang, melainkan terpaksa.

Masalahnya, kalau sekadar dihalau, larilah sekajap. Bila kita tiada di tempat itu, masa itulah kera akan bermaharaja lela merosakkan buah dan tanahaman kita.

Maka, ada satu cara boleh dilakukan untuk menghalau kera. Caranya ialah meletakkan ular plastik di kawasan atau berhampiran tanaman kita. Insya-Allah tanaman kita tidak akan diganggu oleh kera lagi. Tetapi kenalah cari ular plastik yang besar. Kalau setakat ular plastik sebesar jari telunjuk memang tidak takut punya. Tidak kena gaya ular plastik itu pula dibuat mainnya.

Selain besar, elok ular plastik itu berwarna warni. Warna yang terang itu mudah dilihat oleh kera dan menimbulkan rasa takut.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment