Masjid
Al Abrar Mukim Ayer Lanas, Jeli merupakan antara masjid yang aktif menganjurkan
program keagamaan. Masjid Al Abrar berada di kawasan penempatan 'padat' penduduk
di Kampung Ayer Lanas menjadikan ia tumpuan masyarakat setempat.
Pada
asalnya masjid ini adalah merupakan sebuah surau yang dibina pada tahun 1957
bagi kegunaan masyarakat Ayer Lanas. Setelah pekan Ayer Lanas berkembang pesat
dan maju, maka surau ini telah dinaiktarafkan dan diubahsuai menjadi masjid
yang indah pada tahun 1980an dan dinamakan Masjid Ayer Lanas. Imam pertama bagi
menguruskan masjid ini ialah Tuan Haji Talib bin Mahmud.
Reka
bentuk masjid ini mempunyai dua menara, satu kubah besar di tengah-tengahnya
dan dua kubah kecil di bahagian tepi bangunan masjid ini. Ukiran dan rekabentuk
menaranya amat cantik sekali seumpama rekabentuk menara masjid-masjid di Timur
Tengah.
Di
bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat utama, selain terdapat juga
ruang solat tambahan di bahagian luar yang boleh menampung lebihan para jemaah
yang ramai pada satu masa.
Struktur
binaan masjid ini ialah menggunakan simen sepenuhnya. Mihrab dan mimbar masjid
ini diperbuat daripada simen dan disaluti dengan batu marmar.
Nama
Masjid Ayer Lanas ditukarkan kepada Masjid Al Abrar pada 25 November 2016 dalam
satu majilis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Muhammad Kelima.
No comments:
Post a Comment