Laporan
Trend Sosial Pejabat Statistik Kebangsaan Britain menunjukkan bilangan pasangan
di negara berkenaan mengikat tali perkahwinan hanya setelah mempunyai cahaya
mata meningkat ketara.
Antara
faktor utamanya adalah disebabkan peningkatan bilangan pasangan yang tinggal
bersama tanpa ikatan yang sah. Selain itu, masalah ibu atau bapa tunggal turut
meningkat.
Masalah
itu mencetuskan kebimbangan ramai aktivis atau kumpulan properkahwinan yang
menyifatkan ia boleh menjejaskan struktur sosial yang amat penting. Tidak dinafikan bahawa dalam semua masyarakat
amat mementingkan institusi keluarga sebagai satu tonggak kesempurnaan hidup.
Laporan
itu turut menunjukkan anak-anak yang dibesarkan pasangan suami isteri lebih
cemerlang berbanding anak ibu atau bapa tunggal. Ikatan kasih sayang yang diperoleh dari kedua
ibu bapa tentunya lebih sempurna berbanding hanya mendapat mana-mana satu
sahaja.
Laporan
itu mendedahkan cara hidup masyarakat Barat yang semakin pincang. Apa yang berlaku di Barat itu tidak
sepatutnya berlaku di negara kita. Cara
hidup beragama, khususnya Islam, mementingkan peraturan yang ditetapkan
syariat.
Perkahwinan
adalah cara yang ditetapkan syariat untuk pasangan lelaki dan perempuan
memenuhi keperluan zahir dan batin. Malah, dalam Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kelebihan ini sepatutnya menggalakkan
pembentukan institusi perkahwinan.
Dalam
pada ini, kita harus berwaspada memandangkan penularan budaya daripada Barat
itu semakin terkesan di negara kita. Muda mudi yang inginkan cara hidup bebas mencuba kelainan dengan
mengetepikan tuntuan syariat.
Ini
dapat dilihat dengan meningkatnya kes pengguguran kandungan, pembuangan bayi
dan pendaftaran bayi luar nikah. Perkara
ini tidak patut dipandang mudah biarpun peratusan bilangannya masih di tahap
rendah.
Hidup
tanpa ikatan perkahwinan tidak memerlukan restu keluarga dan tidak melibatkan
proses undang-undang menjadi pilihan sebagai cara memenuhi tuntuan seks. Atas konsep itu, jika mana-mana pasangan
setuju untuk tinggal bersama untuk memenuhi tuntutan seks, mereka boleh
mengambil keputusan segera.
Begitu
juga, tidak memerlukan sebarang peraturan undang-undang sekiranya pasangan
berkenaan ingin berpisah. Mereka tidak
berhak untuk membuat tuntutan harta dan beberapa perkara lain lain yang
lazimnya berlaku dalam perkahwinan sah.
Budaya
ini kononnya memberi satu bentuk hubungan yang lebih bebas yang melambangkan
hak kebebasan mutlak yang diamalkan di Barat. Peraturan agama dianggap tidak lagi sesuai diamalkan dalam hidup era
milinium ini.
Peraturan
tersebut sebenarnya tidak ubah seperti kehidupan masyarakat haiwan. Kebebasan yang dibanggakan adalah lambang
kehancuran nilai kemanusiaan. Manusia
kembali hidup ke alam kuno yang mana tiada peratuan membatasi kehidupan.
Justeru,
masyarakat di negara kita perlu memandang jijik kepada cara hidup ini. Pegangan agama dan budaya masyarakat Timur
perlu dijadikan benteng untuk menghalang penularan budaya masyarakat binatang
itu. Jangan pula masyarakat kita lebih
teruk berbanding pasangan di Barat.
Usaha
menyedarkan rakyat tentang keburukannya perlu dilakukan secara meluas. Usaha
mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada keburuk mesti diutamakan dalam
kehidupan seharian.
Mengamalkan
cara hidup seks bebas atau tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan mencetuskan
fenomina baru muda mudi di kota
raya. Pada mereka perkahwinan satu yang
membebankan yang memerlukan komitmen terhadap pasangan, tambah lagi apabila ada
cahaya mata.
Golongan
ternama, berpendidikan tinggi dan kaya yang sudah berumah tangga turut terjebak
dengan amalan jijik itu. Mereka memiliki gundik yang ditempat di apartment
mewah untuk melepaskan nafsu. Malang sekali mereka
tidak berkahwin secara sah sedangkan Islam membenarkan berpoligami.
Selain
budaya tinggal bersama, amalan yang lebih banyak berlaku di negara kita ialah
pasangan melempiaskan nafsu masing-masing berkala di tempat-tempat
tertentu. Kegiatan mereka agak tersorok
untuk mengelak daripada pengetahuan ahli keluarga dan pihak berkuasa agama.
Namun,
pihak berkuasa agama dapat menghidu perbuatan itu dan banyak pasangan didakwa
di mahkamah syariah atas kesalahan khalwat. Amat mendukacitakan statistik
tangkapan kesalahan syariah semakin meningkat setiap tahun.
Pasangan
yang sudah bersedia untuk memasuki fasa perkahwinan perlu lebih
bertanggungjawab dengan melakukan perkara mengikut kehendak agama Islam. Islam amat mengambil berat soal perkahwinan
untuk kebahagiaan dan keharmonian manusia.
No comments:
Post a Comment