Satu
kajian terbaru mendakwa majoriti kelahiran bayi di Britain menjelang 2012
adalah anak luar nikah jika trend atau aliran semasa seperti masalah keruntuhan
moral semakin meruncing tanpa dapat dibendung.
Kota
London, bagaimanapun, mencatat bilangan kelahiran luar nikah yang kecil iaitu
satu pertiga berikutan kehadiran banyak masyarakat Islam yang lebih berpegang
kepada nilai murni agama yang mengharamkan amalan pasangan tinggal bersama
tanpa ikatan rasmi.
Laporan
itu secara langsung satu pengiktirafan terhadap cara hidup penganut agama Islam
yang masih berpegang kepada tuntutan syariat. Dalam soal ini, keluarga Islam lebih dihormati yang menjadi contoh
sistem keluarga yang utuh melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Sistem
kekeluargaan diamalkan penganut Islam menjadi model di kalangan penduduk yang
masih ingin mempertahankan cara hidup bermoral. Mereka merasakan lebih aman berjiran dengan keluarga Islam yang boleh
dijadikan contoh.
Di
Barat sekarang ini mengalami masalah keruntuhan moral yang semakin serius
akibat cara hidup bebas lelaki perempuan. Melakukan hubungan seks luar nikah tidak lagi dianggap memalukan dan
tidak juga menjadi kesalahan jika dilakukan secara rela kedua-dua belah pihak.
Ia
berlainan dengan remaja Islam yang lebih mementingkan cara hidup bermoral
biarpun dipandang kolot oleh sesetengah pihak. Remaja perempuan Islam juga menggayakan pakaian menutup aurat yang
mengelak menjadi mangsa jenayah seks.
Remaja
Islam juga tidak mengunjungi pusat hiburan yang bergaul bebas lelaki dan
perempuan. Ini secara langsung mengelak
terjebak dengan pengaruh arak, dadah dan seks bebas yang banyak terdapat di
pusat hiburan.
Jika
tidak kerana wujud sentimen fobia terhadap Islam dalam hati sesetengah
masyarakat di Barat, sudah pasti umat Islam akan disanjung dan lebih mudah
ajaran Islam mendapat sambutan. Keadaan
ini cuba
diperbaiki dan bukti positif ialah semakin banyak penduduk di Eropah memeluk
Islam.
Menurut
laporan itu lagi, hampir separuh institusi keluarga membabitkan pasangan lelaki
dan wanita yang tidak berkahwin dan sehingga satu pertiga daripadanya adalah
ibu atau bapa tunggal.
Banyak
pasangan di Barat mengikat tali perkahwinan hanya setelah mempunyai cahaya
mata. Itupun tidak pasti anak dari
zuriat lelaki mana memandangkan amalan seks bebas yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment