Saturday, 17 October 2026

KEPOK IKAN SSAJE

 
Kepok Ikan Ssaje. Jenama kedai keropok lekor terkenal di Kuala Nerus, Terengganu. Terkenal dengan slogan "Rangup di luar, lembut di dalam".

Perniagaan diasaskan oleh Hasiah binti Hussin (Kak Yah) dan mula beroperasi secara kecil-kecilan dari dapur rumah bermula tahun 2014.

Perniagaan berkembang maju berasaskan kualiti produk dan maklum balas pelanggan, sehingga berjaya memperluaskan operasi.

Untuk memenuhi permintaan pelanggan yang bertambah, operasi syarikat berpindah dari rumah ke lokasi baharu di Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, Kampung Wakaf Tengah, Kuala Nerus, Terengganu.

Kemudian, cawangan kedua dibuka di Bukit Tunggal, Kuala Nerus bagi memenuhi permintaan pelanggan di kawasan berhampiran dan yang datang dari pelbagai tempat.

Pelbagai jenis keropok lekor seperti keropok lekor rebus, sejuk beku (frozen), berperisa cheese, lada hitam, keropok keping, popcorn, dan baby syiling.

Selain jualan terus di kedai, produk juga dipasarkan secara dalam talian untuk memenuhi permintaan pelanggan dari luar Kuala Nerus atau yang tidak berpeluang datang di kedai.

Kini, pekerja yang terlibat dalam operasi syarikat kira-kira 50 orang.


No comments:

Post a Comment