Khasiat kacang kuda. Kacang ini turut dikenali "chickpea"
(Cicer arietinum), adalah sejenis kekacang yang sangat berkhasiat.
Kacang kuda yang sering dijadikan kudapan di kalangan rakyat
Malaysia bukan sahaja sedap dan mengenyangkan, rupa-rupanya kaya dengan nutrien
yang baik untuk tubuh kita.
Ia diperakui kaya dengan nutrisi penting yang memberikan
pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh.
Kacang ini merupakan sumber protein yang berkualiti. Membekalkan
protein berasaskan tumbuhan yang membantu pembinaan otot dan memulihkan tisu
badan.
Ia kaya dengan serat yang tinggi menyokong sistem pencernaan
yang sihat, melegakan sembelit, menurunkan kadar kolesterol dalam darah, serta
memberikan rasa kenyang lebih.
Mengandungi zat besi, magnesium, dan folat, yang penting
untuk kesihatan tubuh.
Dengan indeks glisemik yang rendah, ia membantu mengawal
kadar gula dalam darah, baik untuk pesakit diabetes.
Mengandungi kalium, magnesium, dan serat yang membantu
menurunkan paras kolesterol serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kandungan potassium dan serat membantu menjaga kesihatan
jantung.
Memberi rasa kenyang yang lebih lama, membantu mengurangkan
selera makan.
Kandungan antioksidan yang ada dalam kacang kuda dapat membantu
melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Kacang kuda dapat membantu mengurangkan keradangan dalam
badan.
Sumber karbohidrat kompleks yang terdapat dalam kacang kuda
dapat memberikan tenaga yang berpanjangan.
Kaya dengan zat besi yang penting untuk pembentukan sel
darah merah, menjadikannya pilihan snek yang baik untuk wanita hamil atau yang
sering mengalami kehilangan darah.
Ia juga dapat membantu menguatkan tulang kerana membekalkan
kalsium, fosforus, dan magnesium untuk menjaga ketumpatan serta kekuatan
tulang.
Nutrien dalam kacang kuda menyokong kesihatan kulit dan
rambut, membantu memberikan penampilan yang lebih sihat.
Dengan semua khasiat ini, kacang kuda adalah tambahan yang
hebat untuk diet seimbang!Kacang kuda boleh dimasak dalam pelbagai cara,
seperti dalam sup, salad, atau dijadikan hummus.
Untuk mengamalkan pemakanan sihat ini, boleh beli kacang
kuda mentah di pasar atau secara dalam talian.
Rendam kacang kuda kering semalaman, buang air rendaman,
kemudian rebus sehingga empuk. Boleh ditambah dengan daun kari dan daun pandan untuk aroma menyelerakan. Juga tambah khasiat yang ada pada daun kari dan pandan.
Makan begitu sahaja atau tambah sedikit lada hitam dan
rempah pilihan.
Sekitar setengah cawan kacang kuda yang sudah dimasak boleh
dijadikan satu hidangan kudapan permulaan.


No comments:
Post a Comment