
Pokok jeliti boleh dijadikan bonsai. Pokok ini juga dikenali sebagai water jasmine, melur air, atau anting puteri.
Pokok jeliti ((nama saintifik: Wrightia religiosa benth) ialah
sejenis pokok renek tropika yang sangat popular dijadikan sebagai tanaman
hiasan dan bonsai.
Bunganya berwarna putih bersih, berbentuk bintang dengan
lima kelopak, sentiasa mekar dan mengeluarkan haruman lembut yang sangat wangi.
Pokok ini mempunyai batang yang lentur, daun saiz kecil yang
berkilat, dan sesuai dibentuk mengikut cita rasa.
Pokok ini menghasilkan buah berbentuk kapsul panjang yang
akan pecah apabila matang untuk melepaskan biji kecil berbulu halus yang mudah
diterbangkan angin, membolehkannya tersebar secara semula jadi dan bercambah
dengan baik dalam keadaan lembap serta bersaliran baik.
Selain itu, penggunaan keratan batang juga mudah untuk
menanam pokok ini.
Pokok ini sangat digemari oleh peminat seni bonsai kerana
batangnya yang mudah dilentur serta dijadikan pagar hidup. Sesuai ditanam di
kawasan terbuka yang menerima cahaya.
Selain nilai estetiknya, pokok ini juga memainkan peranan
penting mini habitat yang menyokong biodiversiti. Ia menarik minat burung
kecil hingga serangga pendebunga.
Sesuai untuk ditanam di halaman rumah sambil menyumbang
kepada keseimbangan alam sekitar kita.
No comments:
Post a Comment