Thursday 9 November 2023

RUMAH LAMA DIJADIKAN PEJABAT MASJID MUHAMMADI

 
Ada sebuah rumah lama behampiran dengan Masjid Muhammadi. Rumah kayu tersebut telah dibaik pulih dengan mengekalkan bebeberap ciri seni bina Kelantan yang terkenal unik dan mempunyai ukiran tersendiri.
 
Rumah tersebut pernah dimiliki Mustafa Kamal, seorang pesara juruterbang. Pada bahagian atas rumah tersebut ada tertulis angka 1904 yang disangka bahawa itu adalah tahun ia dibina. 

Bagaimanapun, ada yang mengatakan sejarah rumah itu dibina pada zaman pemerintahan tentera Jepun iaitu kira-kira tahun 1942 hingga 1945.
 
Rumah tersebut mendapat imej baharu selari dengan pengindahan kawasan Masjid Muhammadi di bahagian “jatuh” atau barat. Ia terletak di Jalan Masjid, berhampiran Muzium Perang. 
 
Pengindahan tersebut melibatkan pembinaan pintu gerbang dan kawasan tempat letak kendaeraan. Bangunan usang yang dahulunya mewarnai kawasan tersebut telah dirobohkan.

No comments:

Post a Comment