Thursday, 1 April 2021

KAWASAN GELAM SESUAI DITERNAK KELULUT

 
Pokok gelam atau dikenali juga dengan nama pokok kayu putih atau nama saintifiknya Melaleuca cajuputi merupakan pokok yang mengeluarkan sumber minyak perubatan dipanggil minyak cajuput atau minyak kayu putih.

Pokok gelam didapati tumbuh meliar di kawasan terbiar dan berpaya di seluruh Semenanjung Malaysia. Pokok gelam juga tumbuh di hutan atau bukit berhampiran kawasan berpaya hasil penyebebaran biji benih.

Kawasan hutan gelam atau kawasan berhampiran amat sesuai dijadikan kawasan penternakan lebah madu dan kelulut. Penternak akan membina atau memindahkan rumah lebah di kawasan berkenaan. 

Bunga pokok gelam sangat disukai oleh lebah kelulut atau lebah Apis seperti A. dorsata, A. cerana ataupun A. millifera. Bunganya yang tumbuh berjambak, berwarna putih krim mempunyai banyak nektar dan debunga. 

Sehubungan dengan itu, aktiviti penternakan lebah Apis banyak diusahakan di kawasan hutan gelam. Pokok gelam jenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dan boleh menghasilkan madu yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment