Rakyat
Malaysia di luar negara banyak yang berjaya dalam kerjaya dan ada diberi
kepercayaan melaksanakan sesuatu peranan untuk kebaikan komuniti. Baca catatan
Muhamad Khalid Ismail, rakyat Malaysa berasal Kota Bharu, Kelantan yang kini menetap
di Seoul, Korea Selatan, yang disalin dari FBnya.
Tulisnya;
Bermula
2021 hingga 2023, diberi kepercayaan dan amanah oleh Kerajaan Metropolitan
Seoul (kerajaan negeri) untuk menjadi salah seorang ahli majlis (councillor /
commitee) yang terdiri daripada 30 orang wakil pelbagai negara.
InsyaAllah
akan membuat yang terbaik untuk membantu warga asing terutamanya rakyat Malaysia
di Korea dan pada masa yang sama belajar dan mengambil pengalaman dari kerajaan
korea. Mungkin nanti balik ke Malaysia kelak boleh lah bawa ilmu dan
pengalaman, mana tahu boleh dilaksanakan di negara tercinta pula.
Untuk rakan-rakan warga Malaysia di Seoul (termasuk adik-adik student).. kalau ada apa-apa masalah dan ketidak selesaan ataupun idea penambah- baikkan yang ingin diketengah kepada Kerajaan bolehlah kongsi dengan saya.. InsyaAllah kita sama-sama bawa isu tersebut kepada pihak atasan.
Jumlah penduduk asing berdaftar di Seoul adalah lebih kurang 460,000 (daripada keseluruhan 2.5 juta penduduk asing di Korea Selatan) mewakili ~ 4.6% dari keseluruhan penduduk Seoul yang berjumlah 10 juta.
Dengan pertambahan bilangan warga asing di Seoul saban tahun, kerajaan telah melaksanakan pelbagai polisi dan menyediakan pelbagai fasiliti untuk membantu warga asing hidup dengan selesa di Seoul seterusnya menjadikan Seoul Metropolitan global yang mesra warga asing.
Walaupun sehingga kini sudah banyak kemudahan dan polisi mesra warga asing yang diperkenalkan oleh kerajaan berbanding sebelum tahun 2010, kerajaan terus menerus berusaha untuk menambah baik servis yang diberikan.
Oleh itu, Pihak kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Perwakilan Penduduk Asing Seoul sejak 2015 yang akan menjadi telinga dan mulut warga asing di Seoul, seterus membawa agenda, menjadi badan pencadang dan penasihat untuk polisi-polisi berkaitan warga asing yang akan dilaksanakan dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
No comments:
Post a Comment