Monday 12 October 2020

POLITEKNIK HULU TERENGGANU KUALA JENERIS

Politeknik Hulu Terengganu atau dengan singkatannya PHT merupakan salah sebuah politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 

PHT memulakan operasi pada 2 Mei 2008 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan menawarkan 2 program utama iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.

Pada Jun 2010, PHT telah memindahkan operasi ke Daerah Hulu Terengganu dengan menyewa salah sebuah bangunan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu di Bandar Kuala Berang.

Graduan sulung PHT dimasyhurkan pada September 2012 dalam satu majlis konvokesyen yang diadakan di Taman Tamadun Islam dengan mengeluarkan 101 graduan perintis.

Kampus PHT kini beroperasi di Kuala Jeneris, Jalan Pengkalan Gawi Tasik Kenyir, Kuala Berang bermula 19 Julai 2020. 

Selepas operasi sepenuhnya di kampus baharu, kampus sementera di bandar Kuala Berang yang digunakan selama 10 tahun ditutup operasi sepenuhnya. 

Pada 1 Mac 2021, dua program baharu beroperasi di bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Antara jabatan utama yang terdapat di PHT ialah Jabatan Perdagangan, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti dan Jabatan Pengajian Am.

No comments:

Post a Comment