Tuesday, 10 March 2020

BAIKI SEMENTARA ELAK KEJADIAN BURUK


Selenggara jalan adalah tanggungjawab kementerian, jabatan atau pihak berkuasa tempatan. Namun, rakyat juga bertanggungjawab untuk membantu atau mengambil tindakan yang bersesuaian untuk 'selenggara' jalan.

Satu tindakan yang perlu dipuji dan dijadikan contoh individu yang mengambil insentif untuk menyusun batu bata di dalam lubang yang terbentuk di satu jalan akibat hujan.

Diharapkan lebih ramai yang mempunyai sikap seperti ini untuk kebaikan bersama. Jangan hanya mengharapkan pihak berkuasa sahaja mengambil tindakan untuk membaikinya.

Lubang yang terbentuk itu akan semakin membesar atau luas serta dalam jika tidak ditimbus segera. Keadaan itu pastinya membahayakan pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal.

Usaha menutup lubang dengan batu bata itu memang tidak bertahan lama. Namun, itu lengkah sementara sebelum ia dibaiki oleh pihak yang bertangungjawab.

No comments:

Post a Comment