Pisang
kebatu antara jenis pisang paling popular atau banyak ditanam di negara kita di
kebun atau tepi rumah.
Namun pisang kebatu tidak ditanam secara besar-besaran atau
ladang. Jenis pisang berangan yang banyak ditanam secara ladang.
Pisang
kebatu juga dikenali pisang abu dan pisang kepok. Pisang kebatu mempunyai kulit tebal yang kelihatannya
bersegi empat yang ketara.
Pokok
pisang kebatu mempunyai ketinggian yang lebih berbanding dengan pokok pisang
lain. Batang pokok pisangnya juga lebih besar dari pokok pisang lain.
Pada masa
dahulu di mana tali pengikat barangan banyak diperbuat dari batang pisang,
batang pisang kebatu menjadi pilihan utama untuk dibuat tali.
Buah
pisang kebatu belum matang biasanya digunakan untuk membuat kerepek. Kalau yang
sudah matang boleh dibuat macam-macam untuk dimakan.
Pisang
kebatu sesuai dimakan mentah atau segar.Rasanya sedikit manis dan lemak dengan teksturnya
yang gebu. Lebih sedap lagi jika ia direbus.
Pisang
kebatu juga sesuai digoreng bertepung. Kebanyakan pisang goreng adalah menggunakan
pisang kebatu.
Selain itu, pisang kebatu banyak digunakan sebagai bahan untuk membuat
pengat pisang. Bagi yang suka hidangan manis, pisang kebatu digunakan untuk menu
sira.
No comments:
Post a Comment