Antara
kaedah berkesan mendidik ialah melalui contoh. Pelajar suka meniru atau mengikuti apa yang dilakukan oleh orang lain,
lebih-lebih lagi guru yang dianggap insan terbaik untuk dijadikan contoh dan
ikutan.
Justeru
itu, guru bukan saja perlu mengucapkan kata-kata untuk mendidik pelajar, tetapi
juga memberi contoh secara perbuatan untuk diikuti.
Peri
penting guru melakukan perbuatan yang baik untuk dicontohi dan menjauhkan
perbuatan buruk agar tidak mempengaruhi pelajar mengikutinya, maka wujudlah peribahasa
guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
Peribahasa
ini menjelaskan jika guru melakukan sesuatu perkara buruk, pastinya anak murid
akan melakukan yang lebih buruk lagi. Ini kerana jika guru yang dianggap terpelajar dan berperibadi mulia
menunjukkan contoh yang tidak baik, maka sudah pasti murid-murid yang masih
jahil tentang kehidupan akan melakukan perkara lebih buruk.
Justeru,
guru perlu sentiasa menjaga tingkahlaku dan pekerti yang baik untuk dicontohi
oleh pelajar. Jangan sekali-kali
melakukan perbuatan buruk yang boleh menjejaskan penerimaan pelajar mengenai
amalan baik yang ingin dicontohi dari guru.
Sebagai
contohnya, guru sentiasa menekankan kepada aspek disiplin yang melarang pelajar
merokok. Malang sekali, di kalangan guru
sendiri ada perokok tegar. Dalam hal
ini, guru berkenaan perlu sedaya upaya menyembunyikan perbuatan merokok
daripada diperhati atau dilihat oleh pelajar.
Sesungguhnya,
contoh dan tauladan yang diambil atau dilakukan oleh guru adalah sebahagian
daripada dakwah. Dalam banyak hal,
dakwah secara contoh ini lebih berkesan kerana ia memberikan contoh atau bukti
secara langsung mengenai sesuatu perkara.
Dakwah
bukan saja menyeru. Dakwah juga ialah
menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang ditegah. Dalam hal ini, guru mempunyai peranan dan
kuasa untuk mencegah murid daripada melakukan perkara yang tidak baik.
Perkara
ini termaktub dalam peraturan disiplin sekolah yang mana guru diberi tugas
untuk menghalang pelajar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik. Guru juga boleh mendenda pelajar yang
melakukan perbuatan yang disenaraikan sebagai kesalahan disiplin dalam kod
disiplin pelajar.
Namun,
guru perlu melakukan penguatkuasaan disiplin dengn cara berhemah. Had dan batasan perlu dijaga agar tidak
melanggar apa yang telah ditetapkan. Ini
kerana terdapat kes guru yang melakukan tugas pencegahan secara tidak berhemah
hingga menjadi isu ketidakpuas hati pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment