Sacha
inchi (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang didakwa
amat berkhasiat. Sacha inchi tinggi kandungan omega yang amat diperlukan badan.
Sacha
inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai
salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016.
Sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak
3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru.
Sacha inchi mempunyai banyak khasiat dan kebaikan penting yang diperlukan oleh tubuh
badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Sacha inchi kaya dengan unsur omega yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan
omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain.
Antara
kandungan yang terdapat dalam sacha inchi adalah omega 3 (48%), omega 6 (35%)
dan omega 9 (9%).
Kelebihan
ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi
oleh setiap tubuh badan.
Antara
khasiat-khasiat yang terdapat dalam sacha inchi:
- Membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan
pengaliran darah dalam tubuh.
- Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif
serta meningkatkan daya ingatan.
- Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser.
- Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak.
- Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang
lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti.
- Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit
asma dan alahan.
- Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam
kandungan serta perkembangan otak bayi.
- Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat
berfungsi dengan baik.
- Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah.
- Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap
penglihatan yang lebih optimum.
- Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan
jeragat.
- Minyak sacha inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga
membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.
No comments:
Post a Comment