Monday, 21 September 2026

PROGRAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

 
Program pendidikan alam sekitar. Alam sekitar perlu dilestarikan agar keindahan dan fungsi dalam ekosisten dapat berfungsi dengan baik. Satu isu penting dalam kelestarian ialah kebersihan.

Kebersihan alam sekitar tidak terjaga akibat sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata dan pelupusan sisa pepejal yang tidak teratur.

Justeru, pendidikan dan menanam semangat cintakan kebersihan perlu dipupuk di kalangan rakyat semua peringkat, selain peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) memastikan kelastrian alam sekitar terjaga.

Selain itu, usaha badan bukan kerajaan (NGO) juga dapat membantu mendidik ahli dan orang ramai akan kepentingan menjaga alam sekitar dan melakukan akviti yang berkaitan.

Usaha dilakukan Geng Plastik Ija (GPI), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan dan dan Unit Pergigian PPSG USM mengadakan program membersihkan kawasan pantai di Bachok satu program yang perlu diteruskan secara berkala.

Aktiviti selama 2 jam ini berjaya mengumpulkan sebanyak 817 kilogram sampah, satu jumlah yang agak besar dan membuktikan masalah pembungan sampah merata-rata berlaku di mana-mana.

Semoga usaha ini dapat memupuk kesedaran masyarakat untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.




No comments:

Post a Comment