Kejayaan Xi Jinping menjadi tokoh pemimpin China sebagai presiden
amat dikagumi, bukan sahaja di kalangan rakyat China, bahkan masyarakat
antarabangsa. Pernah melalui hidup dalam buangan, beliau bertatih dalam kerjaya
politik dari bawah sehingga tahap tertinggi.
Xi Jinping tak pernah sorok masa silam dia. Dia guna kisah hidup dalam gua sebagai modal politik. Jadi rakyat boleh kaitkan. “Dia faham susah payah orang biasa.”
Daripada pegang jawatan kecik di kampung, sampai jadi boss Shanghai, Xi Jinping tidak terus lompat. Dia naik perlahan lahan tapi konsisten.
Xi Jinping berkempen “antirasuah” dia bukan sekadar bersihkan sistem, itu juga cara dia buang ancaman dalaman.
“Pemikiran Xi Jinping” dimasukkan dalam perlembagaan. Ini bukan sekadar penjenamaan, tapi sistem ideologi yang boleh diteruskan legasinya. Pemikiran Xi Jinping adalah rangka pemikiran ideologi dan strategi pentadbiran yang menggabungkan prinsip sosialisme dengan pendekatan moden khas untuk pembangunan China dalam era baharu.
Belt and Road Initiative (BRI) antara projek gila dan paling mahal dalam sejarah.BRI adalah strategi bagaimana China mengawal laluan laut dan darat di dunia ini.
BRI mula diperkenalkan oleh Xi Jinping pada tahun 2013 iaitu beberapa bulan selepas beliau diangkat menjadi Presiden China.
Ramai tengok Xi Jinping macam kuku besi. Xi Jinping kawal naratif, media, sistem pendidikan, dan platform sosial semua untuk pastikan mesej yang keluar itu konsisten dan selari dengan hala tuju negara.
Walaupun Xi Jinping tengah bawa China naik pentas global, contoh membuat hubungan dengan Eropah, projek mega di Afrika, cabaran dengan tekanan Amerika Syarikat, tetapi pada masa sama tidak tinggalkan akar budaya China. Naratif dia simple tapi berkesan:
“Untuk maju, kita kena ingat asal-usul. China moden takkan berjaya kalau tak bersatu bawah satu jiwa bangsa.”
No comments:
Post a Comment