
Stesen Kereta Api Tumpat (Stesen Tumpat), Kelantan agak terkenal kerana menjadi destinasi terakhir untuk landasan di Pantai Timur. Ia menjadi penanda akhir perjalanan seperti dari Kuala Lumpur ke Tumpat atau Johor Baharu ke Tumpat dan sebaliknya.
Terdapat juga tempat letak kepala kereta api (lokomotif) dan gerabak penumpang sebelum digunakan untuk perjalanan seterusnya.
Pada 2018, projek menaik taraf Stesen Tumpat dan membina depoh untuk menempatkan Diesel
Multiple Units (DMU).
Stesen Tumpat juga dinaik taraf
bagi menampung kapasiti penumpang yang dianggarkan 1,500 orang setiap hari.
Kerja naik taraf itu membabitkan
pembinaan bangunan baharu, aras platform sedia ada, bumbung penuh dan jejantas
pejalan kaki. Depoh baharu itu dibina di tapak berkeluasan 4.7 hektar
untuk menempatkan DMU.
No comments:
Post a Comment