Saturday, 11 February 2023

KAMPUNG PULAU TENGAH. KUBANG KERIAN

 
Muafakat membawa berkat. Hasil kerjasama semua pihak, Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian kini semakin dikenali sebagai kampung eko pelancongan.
 
Penglibatan penduduk kampung melalui Koperasi Kampung Pulau Tengah, Jawatankuasa Surau Al Ahmadiah Pulau Tengah dan Pertubuhan Komuniti Penduduk Pulau Tengah, serta penglibatan individu menjayakan program eko pelancongan.
 
Kampung Pulau Tengah sebelum ini hanya dikenali dengan lokasi melihat kunang-kunang atau kelip-kelip dan tempat menternak kelulut apabila salah seorang penduduknya menjadi penternak kelulut berjaya.
 
Pada tahun 2020 lansung tiada pengunjung. Waktu itu Covid 19 dan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Akhirnya penduduk sepakat menubuhkan Koperasi Kampung Tengah bagi meningkatkan pendapatan penduduk kampung terutamanya waktu perintah kawasan pergerakan.
 
Bermula dari situ, idea ini datang, iaitu bantu orang kampung dengan aktiviti eco pelancongan. Penduduk kampung bangunkan tapak perkemahan, chalet, homestay, kolam renang mega, ATV (All-Terrain Vehicle) kayak, perahu berpengayuh, bot persiaran, restoran terapung dan macam-macam aktiviti lain.
 
Masuk kawasan Kampung Pulau Tengah terasa macam berada di taman tema. Macam-maca aktiviti boleh pilih. Semuanya menceriakan.
 
Tahun 2022, Koperasi Pulau Tengah menang anugerah Desa Lestari, hadiahnya memang luas biasa. Lepas itu JPS dan Kementerian Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim bagi Denai Terapung 700 meter pula, memang lagi menariklah.
 
Denai terapung di Kampung Pulau Tengah menjadi contoh kepada Program Denai Sungai Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment