Friday, 6 January 2023

KEISTIMEWAAN KAMPUNG SEMPENEH, BATU KURAU

 
Kampung Sempeneh adalah salah satu kampung di Batu Kurau. Jaraknya lebih kurang 5 kilometer dari pekan Batu Kurau.
 
Kedudukan Kampung Sempeneh agak terpencil. Namun, tidak ada masalah untuk pergi ke kampung berkenaan kerana ada jalan raya menghubungkannya dengan kampung-kampung terdekat dan pekan Batu Kurau.
 
Ada pintu gerbang atau mercu tanda memasuki Kampung Sempeneh. Daya penarik utama datang ke Kampung Sempeneh adalah Lata Sempeneh.
 
Lata Sempeneh amat menarik dengan aliran sungai dari kawasan Gunung Sempeneh. Airnya jernih dan sejuk.
 
Terdapat chalet atau rumah tumpangan disediakan untuk disewa kepada pengunjung yang ingin menginap. Ada juga kawasan untuk berkhemah.

No comments:

Post a Comment