Thursday, 16 June 2022

Kerenah pekerja syarikat penghantaran

 
Sebagai peniaga dalam talian yang perlu menghantar produk melalu syarikat penghantaran, banyak kerenah atau ragam yang terpaksa dihadapi. Barang lambat sampai dan rosak semasa penghantaran sudah menjadi perkara biasa. Itu tidak termasuk lagi macam-macam perangai pembeli. Namun, sabar sahajalah.

Memang tidak semua pekerja syarikat penghantaran bermasalah. Sebenarnya banyak yang baik dan begitu berdedikasi dengan tugas. Melakukan tugas dengan sebaik-baiknya. Ada yang bertugas sehingga malam demi untuk menyegerakan penghantaran. Bahkan ada yang bertugas pada hari cuti. Terima kasih.

Bilangan yang pekerja yang ‘bermasalah’ sebenarnya tidak banyak. Sekadar seorang dua sahaja. Tetapi, disebabkan seorang dua inilah nama syarikat menjadi buruk.

Dalam dunia sekarang ini, hantaran ke media sosial akan menyebabkan ia cepat menjadi tular. Banyak orang akan berkongsi dan membuat hantaran semula. Lagi cepatlah ia tular dan menjadi perbincangan massa.

Syarikat penghantaran perlu proaktif dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Buat kursus motivasi dan pemantauan terhadap pekerja yang bermasalah. Semoga isu-isu menjejaskan nama baik syarikat dapat ditangani dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment