Wednesday 15 January 2020

SENARAI JAMBATAN TERTINGGI DI MALAYSIA

Dalam kejuteraan pembinaan jalan raya atau lebuh raya, banyak jambatan dibina merentangi sungai dan tasik. Namun, mungkin ramai tidak sedar banyak jambatan di negara kita juga dibina merentangi antara dua puncak bukit dan lembah.  

Kamus Dewan Edisi Kedua mendefinisi jambatan sebagai titi besar yang dibina merentangi sungai dan lain-lain untuk lalu lintas kenderaan dan manusia.

Terdapat empat jambatan tertinggi yang dibina melalui lembah atau lereng bukit di negara kita.

Laluan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, Pulau Pinang merupakan jalan raya tertinggi di Malaysia.

Di laluan sejauh 3.825 kilometer, terdapat satu laluan dengan ketinggian 61.5 meter menjadikan ia sebagai jalan raya paling tinggi di Malaysia.

Jambatan kedua tertinggi ialah Jalan Rawang - Serendah, Selangor dengan ketinggian tertinggi ialah 58.2 meter.

Jambatan yang dikenali Jalan Pos Blau - Lojing, di Lojing, Kelantan dengan ketinggian 52 meter adalah jambatan ketiga tertinggi di Malaysia.

Manakala jambatan dengan ketinggian 48 meter Jalan Seremban -  Kuala Pilah di Bukit Putus, Negeri Sembilan adalah yang keempat tertinggi di Malaysia.

Ketika melalui jambatan itu, pengguna tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang melalui di atas jambatan memandangkan tidak terdapat aliran sungai seperti kebiasaan yang memerlukan pembinaan jambatan.

Pembinaan jambatan di tempat tertentu dianggap lebih menguntungkan daripada membuat jalan raya di atas tanah yang memerlukan teres bukit atau menimbus lembah antara bukit, selain berdepan resiko dan kurang praktikal.

No comments:

Post a Comment